Sunday, August 23, 2015


Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran

Membaca al-Quran banyak kelebihannya.
Al-Quran adalah kalam ALLAH.  Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya.  Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya.  Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

1)  Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”
(HR Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya:  “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”
(Riwayat Muslim)

2)  Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR al-Bukhari)

3)  Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran. 

Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat.  Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
(Muttafaq `alaih)

4)  Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (الأُتْرُجَّةِ), baunya enak dan rasanya pun enak.  Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma (التَّمْرَةِ), tidak ada baunya, tetapi rasanya manis.  Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti tumbuhan harum raihanah (الرَّيْحَانَةِ), baunya enak sedang rasanya pula pahit.  Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzolah (الْحَنْظَلَةِ), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”
(Muttafaq ‘alaih)

5)  Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.

Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu).”
(HR Muslim)

6)  Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.

Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:
“Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu (membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya) di waktu malam dan waktu siang.  Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang (untuk kebaikan).”
(Muttafaq ‘alaih)

7)  Bacaan al-Quran mempunyai sakinah

Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu.  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”
(Muttafaq ‘alaih)

8)  Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”
(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

9)  Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.

Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”
(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

10)  Kebaikan membaca al-Quran secara tartil

Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”
(HR Abu Daud dan at-Turmudzi, dengan katanya hadith ini hasan sahih)
Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran.  La haula wa la quwwata illa biLLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH.  Hidayah dan taufiq ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…
Sekadar menyampaikan,



BISMILLAH (Dengan Nama Allah) 
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, daripada bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.



SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) 

Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.




AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) 

Barangsiapa membacanya 1 kali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan.


Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.


Barangsiapa berwudhu' lalu membaca 1 kali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.


Dan tersebut dalam hadith yang lain:


Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain mengatakan:


Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan 'malaikat-maut', dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:

Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Mengunci rumah dengan ayat Qursi
Hendaklah membaca surah Al-Kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah.


SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) 

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

Untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh baca Surah Al Baqarah Ayat 102.

Menghentikan Anjing Menyalak baca surah Al Baqarah ayat 80-81 sebanyak 10 kali.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) 

Barangsiapa membaca 3 ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.



SURAH AN-NISA (Perempuan) 

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.



SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) 

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu' dan sembahyang.



Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.



SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) 

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.



Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.



SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang siapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.



Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.



SURAH AL- ANFAL (Rampasan) 

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.



SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) 

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.



Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati, hendaklah membaca Surah At-Taubah ayat 128-129 semasa berjumpa.



SURAH YUNUS (Yunus) 

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.



Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.



SURAH AL-HUD (Hud) 

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.



Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.



Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.



SURAH YUSUF (Yusuf) 

Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.



Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.



Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan

kepada anak-anaknya.



SURAH AR-RA'D (Petir) 

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.



Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.



SURAH IBRAHIM (Ibrahim) 

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.



SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung) 

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat keberkatan dari Allah.



SURAH AL-NAHL (Lebah)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.



SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil) 

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap, insya Allah akan hilang gagapnya itu.



Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.



SURAH AL-KAHF (Gua) 

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.



Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.



SURAH MARYAM (Maryam) 

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah-mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.



SURAH THAAHAA (Hai Manusia) 

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.



Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


Membuatkan anak tidak degil hendaklah membaca surah Thaahaa ayat 1-6 dan juga surah Al-Haji ayat 21 di atas permukaan air dalam gelas dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.

Anak-anak malas sekolah ayat 1-5.

Supaya suami tidak berkahwin lagi ayat 39 (mula dari tanda Jim kecil).


SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) 

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan terhindar dari bala dan musibat; dan medapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t.


Anak-anak pandai belajar, baca ayat 87 dari surah ini.

Anak-anak lembut hati/elak panas baran baca ayat 69 & surah Al Hasyr ayat 22-24.



SURAH AL-HAJ (Haji) 

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.



SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) 

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.



Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.



SURAH AN-NUUR (Cahaya) 

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.



Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


Ayat penerang hati hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.


SURAH AL-FURQAN (Pembeza) 

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.



SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) 

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.



SURAH AN-NAML (Semut) 

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.



SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) 

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.



Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.



SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) 

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.



Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.



SURAH AR-RUM (Rum) 

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.



SURAH LUQMAN (Luqman) 

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.



Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.



SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) 

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit rohani dan jasmani.



SURAH AL-AHZAB (Gulungan-gulungan) 

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.



Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.



SURAH SABA' (Saba') 

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.



SURAH FAATHIR (Pencipta) 

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.



SURAH YASIN (Hai Manusia) 

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda :


"Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yasin."


Hadith yang lain mengatakan:


"Barangsiapa membaca surah Yasin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik."


Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: 



"Hendaklah kamu membaca surah Yasin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."


Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda:



"Aku ingin benar, agar surah Yasin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."


Barangsiapa membacanya bersama surah Ash-Shaaffaat pada hari jumaat,nescaya Allah akan memperkenankan segala doa dan permohonannya.



Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.



Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.



Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.



Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barangsiapa membacanya sekali pada awal pagi,andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.



Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.



Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.



Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yasin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.



SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) 

Barang siapa membacanya, insya Allah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.



SURAH SHAAD (Shaad) 

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.



SURAH AZ-ZUMAR (Puak-puak)
Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan dikasihi dan di segani.



SURAH AL-MU’MIN (Mu’min)

Barangsiapa membaca ayat 44 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari penyakit-penyakit mata.



SURAH FUSH-SHILAT (Dijelaskan)
Barangsiapa membaca ayat 36 dari surah ini,sebanyak 7 kali pada pagi Jumaat sebelum terbit matahari,nescaya dia akan terhindar dari ketakutan dan kebimbangan dan dari was was.

SURAH ASY SYUURAA (Rembukan)
Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan dipelihara oleh Allah dari kejahatan manusia.



Barangsiapa membaca ayat 15 dari surah ini,nescaya ia akan terhindar dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang buas.



Dan barangsiapa membaca ayat 19 dari surah ini,nescaya Allah akan memurahkan rezekinya.



SURAH AZ-ZUKHRUF (Perhiasan)

Barangsiapa membacanya ke atas air hujan atau air embun,lalu di beri minum ke atas orang yang mengidap penyakit batuk kering, insha Allah ia akan sembuh.



SURAH AD-DUKHAN (Asap)

Barangsiapa membacanya ke atas kanak-kanak yang baru lahir, insha Allah ia akan terselamat dari gangguan manusia dan jin.



Dan barangsiapa membacanya,nescaya ia akan terpelihara dari segala-gala bala bencana.



SURAH AL-JATSIYAH (Yang Berlutut)

Barangsiapa yang membacanya ke atas kanak-kanak yang baru lahir,insha Allah ia akan terselamat dari gangguan manusia dan jin.



SURAH AL-AHQAFF (Bukit-Bukit Pasir)

Barangsiapa membacanya ke atas air zam zam,lalu di minumnya, nescaya ia dikasihi dan disegani orang.



Barangsiapa membacanya, nescaya teringat apa yang ia dengar.



Dengan membacanya ke atas air hujan,lalu dimandikannya,nescaya akan sembuh dari segala jenis penyakit.



Barangsiapa membaca ayat 15 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan menjadi soleh,taat dan setia.



SURAH MUHAMMAD (Nabi Muhammad s.a.w.)

Barangsiapa membacanya ke atas air zam zam lalu di minumnya,nescaya ia akan dikasihi dan disegani orang.

SURAH AL-FATH (Kemenangan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 3 kali, ketika melihat anak bulan Ramadhan (puasa),nescaya hidupnya akan makmur sepanjang tahun.



Dengan membacanya akan mendapat kemenangan di medan peperangan.



Dengan membacanya ketika menaiki bahtera (kapal), insha Allah terselamat ia dari karam.



SURAH AL-HUJURAT (Bilik-bilik)

Barangsiapa membacanya,nescaya ia akan terpelihara dari gangguan jin.



Jika dibacakannya keatas perempuan yang menyusu anaknya,nescaya susu ibu itu akan bertambah.



SURAH QAFF (Qaff)

Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan dan kekayaannya akan kekal padanya buat selama-lamanya.



SURAH ADZDZAARIYAT (Pembangkit-pembangkit Debu)

Barangsiapa membacanyan kepada orang sakit, nescaya ringanlah penyakitnya.



SURAH AT-THUUR (Gunung)

Jika pengembara membacanya,nescaya ia akan kembali ke rumahnya dengan selamat.



SURAH AN-NAJM (Bintang)

Dengan membacanya, nescaya ia akan berani apabila bercakap.



SURAH AL-QAAMAR (Bulan)

Barangsiapa membacanya sebelum sembahyang Jumaat, nescaya ia akan dihormati, disegani dan ditakuti orang.



SURAH AR-RAHMAAN (Pemurah)

Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa membaca surah ini bersama surah Al-Waaqi’ah dan surah Al-Hadiid, nescaya ia akan dimasukkan kedalam syurga Firdaus."



Sahabat ibnu Mas’ud r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


"Barangsiapa membaca surah Ar-Rahman ini, nescaya ia akan disyafaatinya pada hari Qiamat."


Barangsiapa membaca ayat 33 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari penyakit-penyakit mata.



SURAH AL-WAAQI’AH (Kejadian Yang Besar)

Sahabat ibnu Mas’ud r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


"Barangsiapa membaca surah ini pada malam hari, nescaya ia akan terhindar dari kebuluran’ .


Sahabat Ibnu Mas’ud r.a. menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam.



Dan barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali dengan sekaligus dalam satu majlis, nescaya segala doa dan permohonannya akan diperkenankan oleh Allah.



SURAH AL-HADIID (Besi)

Barangsiapa membacanya pada setiap pagi, nescaya dia akan terpelihara dari tembakan.



SURAH AL-MUUJAADALAH (Perempuan Yang Membantah)

Barangsiapa membacanya setiap pagi dan petang, nescaya dia akan dirahmati dan diberkati Allah.



SURAH HASHR (Pengusiran)
Barangsiapa membaca ayat 20 hingga akhir surah ini, nescaya dia akan mendapat kejernihan jiwa dan ketenangan hati.

SURAH AL-MUMTAHANAH (Perempuan Yang Diuji)
Dengan membacanya selama 3 hari berturut turut, nescaya ia akan terselamat dari penyakit-penyakit perut.



SURAH ASH-SHAFF (Baris)

Barangsiapa membaca ayat 9 hingga 13 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kehebatan dan disegani orang.



SURAH AL-JUMU’AH (Hari Jumaat)

Barangsiapa membaca ayat 4 dari surah ini, segala benda-bendanya diberkati dan di pelihara.



SURAH AL-MUNAAFIQUUN (orang-orang Munafik)

Dengan membacanya,nescaya terhindarlah pembaca dari penyakit-penyakit mata.



SURAH AT-TAGHAABUN (Ternyata Kecurangan)

Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terpelihara dari kejahatan orang zalim.



SURAH AT-THALAAQ (Perceraian)

Barangsiapa mengalami kesempitan rezeki,maka hendaklah ia bangun pada tengah malam Jumaat, lalu membaca kalimah istighfar 100 kali, selawat 100 kali dan ayat 7 dari surah ini 100 kali, nescaya ia akan mendapat rezeki yang murah.



SURAH AT-TAHRIIM (Mengharamkan)

Dengan membacanya akan terjelas hutang sipenghutang dengan senang dan mudah.



SURAH AL-MULK (Kerajaan)

Sabat Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


"Di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, barangsiapa membacanya,nescaya ia akan mensyafaati sipembaca itu sehingga segala dosanya diampunkan Tuhan,surah itu ialah surah Al-Mulk.


Sahabat Ibnu Abbas r.a. memberitakan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda:


"Di dalam al-Quran ada satu surah yang terdiri dari 30 ayat, barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, maka Allah s.w.t. akan menulis 30 kebaikan baginya dan akan memaafkan 30 dosanya dan akan menghantarkan seorang malaikat yang akan memeliharaya dari segala bala bencana."


Hadith yang lain mengatakan:


"Barangsiapa membaca surah ini (Al-Mulk) bersama-sama surah Aliff Laam Miim As-Sajadah di antara maghrib dan isya’, seakan-akan ia menghidupkan seluruh malam Qadar dengan beribadat."


Dalam hadith yang lain pula Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


"Hendaklah setiap mukmin membaca surah ini pada setiap malam."


Ada lagi satu hadith mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


"Bagi segala sesuatu ada perhiasan, dan perhiasan al-Quran ialah surah Al-Mulk. Barangsiapa membacanya pada setiap malam, Allah s.w.t. akan menghiasi rumah baginya di dalam syurga.


SURAH AL-QALAM (Qalam)

Barangsiapa membacanya dalam sembahyang, nescaya ia akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.



SURAH AL-HAAQAAH (Yang Tentu datang)
Barangsiapa membacanya ke atas anak yang baru lahir, nescaya ia akan terpelihara dari segala jenis penyakit, terutama penyakit kanak-kanak dan jika membacanya ke atas minyak zaitun, lalu disapu ke atas badan kanak-kanak itu, nescaya ia akan sihat sejahtera.


SURAH AL-MA’AARIJ (Jalan-Jalan Naik)

Dengan membacanya ketika hendak tidur, nescaya terjauhlah pembaca dari mimpi-mimpi yang buruk lagi kotor.



SURAH NUH (Nabi Nuh a.s.)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan tercapai segala hajatnya dan akan terjauh dari segala keluh kesah dan gundah gulana.



SURAH AL-JIN (Jin)

Jika sesorang banduan membacanya, nescaya ia akan dibebaskan dari penjara dengan segera.



SURAH MUZZAMMIL (Yang Berselimut)

Barangsiapa membacanya selalu, nescaya rezekinya akan dimurahkan.



Barangsiapa membaca 41 kali, nescaya segala doa dan permohonannya akan diperkenankan terutama permohonan rezeki.



Dan barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang, nescaya semua amal ibadatnya akan diterima oleh Allah Rabbul A’alaminn.



SURAH AL-MUDDASTSIR (Yang Berselubung)

Barangsiapa hendak menghafaz al-Quran, maka hendaklah ia membaca surah ini, lantas berdoa kepada Allah s.w.t. nescaya mudah baginya menghafaz al-Quran itu.



SURAH AL-QIYAAMAH (Qiamat)

Barangsiapa membacanya ke atas air yang suci, lalu diminumnya, nescaya ia akan khusyu’ dan tawadhu’ di dalam ibadatnya.



SURAH AL-INSAAN (Manusia)

Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya, nescaya Allah akan mengurniakan ilmu pengetahuan yang tidak terhitung banyaknya.



SURAH AL-MURSALAAT (Yang Dikirim)

Jika seorang pemerintah membacanya, nescaya rakyatnya akan mentaatinya.



SURAH AN-NABAA (Cabaran)
Barangsiapa membacanya, nescaya harta bendanya akan terpelihara dari kecurian dan dari
kejahatan para penjahat.



SURAH AN-NAAZI’AAT (Yang Beralih Cepat)

Barangsiapa membacanya ketika menentang musuh, nescaya ia akan terpelihara dari bencana musuh.



SURAH ’ABASA (Bermasam Muka)

Barangsiapa membacanya, akan terpelihara dari keganasan para pengganas.



Dengan membacanya, nescaya terjauhlah pembaca dari segala jenis penyakit mata.



SURAH AT-TAKWIIR (Menggulung)

Barangsiapa membacanya, nescaya Allah s.w.t. akan melindungi dia daripada tersingkap kejahatan-kejahatannya pada hari Qiamat.



Barangsiapa membacanya ketika turunnya hujan, lantas berdoa apa-apa yang dikehendakinya, nescaya Allah s.w.t. akan memperkenankan doanya itu.



SURAH AL-INFITHAAR (Terbelah)

Jika seorang banduan membacanya, insha Allah ia akan dibebaskan dari penjara.



Jika sidemam membacanya ke atas air, lalu dimandinya, insha Allah akan sembuh demamnya itu.



SURAH AL-MUTHAFFIFIIN (pencurang-Pencurang)

Barangsiapa membacanya ke atas barang-barang yang tersimpan, nescaya akan terpelihara barang-barang itu dari kecurian, kerosakan dan kebakaran.



SURAH AL-INSYIQAAQ (Pecah Belah)

Barangsiapa membacanya ke atas orang yang terkena racun, insha Allah ia akan sembuh.



SURAH AL-BURUUJ (Bintang Bintang)

Barangsiapa berniat hendak mengembara jauh meninggalkan rumahnya, hendaklah membaca ayat 20 dari surah ini sebanyak 3 kali, insha Allah terpelihara dirinya dan barang-barang yang dibawanya.



SURAH AT-THAARIQ (Bintang Penembus)

Bangsiapa membacanya ke atas ubat yang hendak diminum, atau ditelan, insha Allah tidak mendatangkan mudharat bagi dirinya.



SURAH AL-A’ALAA (Yang Paling Tinggi)

Barangsiapa membacanya berterusan, insha Allah akan terpelihara dari penyakit buasir.



SURAH GHAASYIYAH (Kejadian Yang Dahsyat)

Barangsiapa membacanya ke atas makanan, insha Allah akan terpelihara dari kemudaratan bagi dirinya.



SURAH AL-FAJR (Fajar)

Barangsiapa membacanya ketika hendak bersatu dengan isterinya, insha Allah akan memperoleh anak yang soleh.



SURAH AL-BALAD (Negeri)

Surah ini ialah pundi-pundi atau uncang bagi orang-orang miskin. Barangsiapa membacanya sebelum dan sesudah sembahyang subuh, insha Allah ia tidak akan kehabisan wang ringgit.



SURAH ASY-SYAMS (Matahari)

Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya, nescaya Allah akan menyediakan segala apa yang di kehendakinya.



Barangsiapa membacanya ke atas orang yang demam, insha Allah akan sembuh demamnya itu.



SURAH AL-LAIL (Malam)

Barangsiapa membacanya ke dalam telinga orang yang dirasuk syaitan atau jin,nescaya ia akan sedar.



Dan barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang demam, nescaya ia akan sembuh.



SURAH ADH-DHUHAA (Waktu Dhuha)

Barangsiapa membacanya untuk orang yang telah hilang, insha Allah ia akan kembali dengan segera.



Barangsiapa membacanya ke atas sesuatu barang yang kita terlupa dimana diletakkannya, insha Allah akan teringat dimana diletakkannya.



SURAH AL-INSYIRAAH (Kelapangan)

Barangsiapa membacanya ke atas orang yang sakit dada atau sakit di dalam hati, insha Allah akan sembuh penyakit itu.



Barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang demam, insha Allah akan sembuh.



SURAH AT-TIIN (Buah Tin)

Jika si pengembara membacanya, insha Allah ia akan kembali kepada keluarganya dengan selamat sejahtera.



SURAH AL-A’LAQ (Segumpal Darah)

Jika sipengembara membacanya, insha Allah ia akan kembali kepada keluarganya dengan selamat sejahtera.



SURAH AL-QADR (Kemuliaan)

Barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diminumnya, nescaya Allah akan mengurniakannya cahaya dalam penglihatanya dan keyakinan dalam hatinya.



Barangsiapa membacanya sebanyak-banyaknya, insha Allah ia tidak akan bercakap dusta lagi.



SURAH AL-BAIYINAH (Bukti)

Barangsiapa membacanya, insha Allah akan terjauh dari penyakit berjangkit.



SURAH AZ-ZALZALAH (Gempa)

Barangsiapa membaca sebanyak-banyaknya dalam sembahyang, nescaya Allah mengurniakannya kekayaan duniawi dan memeliharakannya daripada apa yang ditakutinya.



SURAH AL-‘AADIYAAT (Yang Berlari)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terpelihara dari ketakutan dan Allah akan mengurniakannya rezeki yang murah.



SURAH AL-QAARI’AH (Penggegar)

Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan menjauhkannya dari kesempitan dan kepayahan dan rezekinya disediakan dari jalan yang tidak disangka-sangka.



SURAH AT-TAKAATSUR (Berlebih-lebihan)

Barangsiapa membacanya 7 kali ketika turunnya hujan,ia akan mendapat pahala yang amat banyak.



Barangsiapa membaca sebanyak-banyaknya, nescaya Allah mengurniakannya kekayaan.



SURAH AL-‘ASHR (Masa)

Barangsiapa membacanya berterusan, nescaya akan terpelihara rumah dan harta bendanya daripada binasa.



SURAH AL-HUMAZAH (Pencela)
Barangsiapa membacanya berterusan, nescaya ia akan bertambah kaya dan akan murah rezekinya.



SURAH AL-FIL (Gajah)

Barangsiapa membacanya di medan peperangan dengan niat yang suci bersih, nescaya Allah akan menghinakan dan menewaskan musuhnya itu.



SURAH QURAISH (Bangsa Quraish)
Barangsiapa sentiasa membacanya, nescaya perbicaraannya akan berinspirasi (berkesan), dan permintaannya akan diperkenankan.



SURAH AL-MAA’UUN (Pertolongan)

Barangsiapa membacanya ketika menghadapi makanan, insha Allah akan terselamat dari apa apa yang di khuatirinya.



SURAH AL-KAUTSAR 

Barangsiapa membacanya 1,000 kali dan selawat 1,000 kali pada malam Jumaat, lalu tidur dalam keadaan suci, insha Allah ia akan melihat wajah baginda nabi Muhamad s.a.w. dalam mimpinya.



109 SURAH AL-KAAFIRUUN (Orang Orang Kafir)
Surah ini sebanding dengan satu per empat al-Quran. Barangsiapa sentiasa membacanya ketika terbitnya dan terbenamnya matahari, ia akan dianugerahkan kesejahteraan untuk selama-lamanya.



Barangsiapa membacanya setiap pagi dan petang, insha Allah ia akan terjauh dari syirik, bidaah, buruk sangka dan kepercayaan-kepercayaan yang karut.



Sahabat Ibnu Abaasr.a. mengatakan bahawa surah ini benar-benar dibenci oleh syaitan kerana ia mengandungi ajaran-ajaran tauhid dan ajaran-ajaran yang menjauhkan syirik.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) yang bermaksud orang-orang kafir adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah yang mengandungi 6 ayat ini telah diturunkan di Makkah (Surah Makkiyah). Nama ‘Al Kafirun’ (orang-orang kafir) diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
 .
Dalam Surah Al-Kafirun ini Allah SWT menegaskan tentang amal ibadat secara Islam danmenolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik. Ia dengan jelas menyatakan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir. Surah ini telah ditujukan kepada  kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad SAW kepada mereka.
.
.
.

Penyangkal Kaum Kafir

Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tidak putus- putus mencari jalan untuk menyekat pengaruh dan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Antaranya mereka telah berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan; jika Rasulullah SAW bersetuju memuja Tuhan mereka, mereka pun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam.
Dengan demikian mereka akan bertukar-tukar mempraktikkan ibadat sehingga salah satu daripada cara mereka terbukti benar. Maka, menurut fikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dan mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika cara ibadat kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.
.
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa orang Quraisy telah mengundang Nabi SAW untuk memberinya harta yang banyak, sehingga Baginda SAW boleh menjadi orang terkaya di Mekkah dan akan mengawinkannya dengan wanita mana saja yang Baginda sukai. Mereka berkata, “Inilah untukmu, wahai Muhammad tetapi (sebagai imbalannya) kamu berhenti menghina tuhan-tuhan kami dan tidak menrendah-rendahkannya. Jika kamu tidak bersedia, maka mari kita bergiliran; kamu menyembah tuhan-tuhan kami selama setahun, lalu setahun berikutnya giliran kami yang menyembah tuhan-mu.”
Maka, Rasulullah SAW menjawab, “Nanti dulu hingga wahyu diturunkan Rabbku kepadaku.”Lalu Allah menurunkan, [Qul Yâ Ayyuhal Kâfirûn] dan juga turun ayat lainnya, iaitu [Qul Afaghairallâhi Ta`murûûni A’budu Ayyuhal Jâhilûn; “Katakanlah, ‘maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang yang tidak berpengetahuan.’] -az-Zumar:64
 .
.
.
.

Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
  • Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
  • Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
  • Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
.
.
1.    Menyamai Seperempat Al-Qur’an
  • Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?”Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.)
  • Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim).
  • Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapayang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.”  (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).
  • Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.”  (HR. At Tirmizi)
 .
.
2.    Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
  • Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.” (al-Mu’jam al-Kabirjld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah.”
  • Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).
  • Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” (H.R. al-Tirmidzi)
 .
.
3.    Sunnah Membaca Bersama Surah Al-Ikhlas
Disunnahkan membacanya dalam solat dua raka’at sebelum Tawaf. Hal ini berdasarkan riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Jabir bahwasanya Rasulullah SAW pernah membaca keduanya. Demikian juga, disunnahkan membaca keduanya pada solat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dalam Shahîh Muslim.
  • Dari Abu Hurairah ra. Berkata, “Rasulullah SAW telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar.” (HR. Muslim).
  • Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah SAW membaca surah al-Ikhlash dan al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (HR. Ahmad)
  • Dari ‘Aisyah r.ha. Bahawa Nabi SAW bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!”(HR. Ahmad, Ibnu Majah).
  • Dari Ibnu Masud katanya, “Rasanya tidak dapat saya hitung betapa kerapnya saya mendengar Rasulullah SAW dalam kedua rakaat solat sunat sesudah solat Maghrib dan kedua rakaat sunat sebelum fajar, membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad.” (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi).
  • Nabi pernah mendengar seorang sahabat membaca surah pertama (Al-Kafirun) pada raka’at pertama, lalu Baginda bersabda, “Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.” Seterusnya, ia membaca surah kedua (Al-Ikhlash) pada raka’at kedua, lalu Nabi bersabda, “Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya.” (HR. Thahawi, Ibnu Hibban dalam Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).
  • Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlash dalam solat fardhu, Allah akan mengampuni dosanya dan dosa orang tuanya. Dan ia tidak akan melahirkan anak yang celaka, walaupun semestinya anak itu tergolong pada anak yang celaka, Allah SWT menghapusnya dari lembaran catatan orang-orang yang celaka dan menetapkannya di lembaran catatan orang-orang yang bahagia, menghidupkannya dengan kehidupan yang bahagia, mematikannya sebagai syuhada’, dan membangkitkan (dari kuburnya) seperti orang yang syahid.” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 127).
  • Imam Ja’far Ash-Shadiq, dari ayahnya berkata: “Surah Al-Ikhlash adalah sepertiga Al-Qur’an dan surah Al-Kafirun seperempat Al-Qur’an.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/687).
  • Dari Ali r.a., “Seekor kala jengking menyengat Rasulullah SAW, Baginda segera meminta air dan garam yang digunakan untuk mengusapnya sambil membaca surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Naas.”  (HR. Thabrani).
 .
.
Maka marilah kita sama-sama beramal, memahami dan menghayati surah al-Kafirun yang senilai dengan seperempat al-Quran ini, dimana ia mengandungi pokok akidah, segala perbuatan hati dan larangan menyembah selain Allah SWT supaya kita dapat menjaga akidah kita supaya tidak syirik kepada Allah Ta’ala.
Dalam bab akidah dan tauhid kita langsung tidak boleh berkompromi atau bertolak ansur kerana akidah ini adalah hak Allah SWT yang tidak boleh disekutukan dengan perkara-perkara syirik kepada-Nya.
Ya Allah! Janganlah Dikau pesongkan hati kami sesudah Dikau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
Amin…
 .
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



SURAH AN-NASHR (Pertolongan)

Barangsiapa membacanya ketika menghadapi musuh, nescaya Allah akan menewaskan musuhnya itu.



SURAH AL-LAHAB (Julangan)

Barangsiapa membacanya ke atas sesuatu penyakit yang ditakuti bertambah melarat, insha Allah akan beransur kurang penyakitnya itu sehinggalah sembuh.


SURAH AL-IKHLAASH (Tulus)

Fazilat dan pahala membacanya amatlah banyak.



Sahabat Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa nabi Muhammad s.a.w. mendengar seorang membaca surah al-Ikhlaash, lantas baginda s.a.w. bersabda:



’telah wajib’.aku bertanya: wahai kekasih Allah, apa yang telah wajib? Baginda s.a.w. menjawab: ’syurga.’ Hadith ini menunjukkan barangsiapa membacanya, ia pasti masuk syurga.



Hadith yang lain menyatakan, barangsiapa membacanya sebanyak 50 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya selama 50 tahun.



Sahabat Ibnu Abaas r.a. mengatakan: barangsiapa mengerjakan 4 rakaat sembahyang, lalu membaca surah Al-Ikhlash sebanyak 25 kali di tiap-tiap rakaat, nescaya Allah s.w.t. mengampunkan dosanya untuk selama 100 tahun; 50 tahun dahulunya dan 50 tahun kemudiannya.



Sahabat Annas r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Barangsiapa membacanya sekali, nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuknya;  dan barangsiapa membacanya 2 kali, nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuk sekelian isi rumahnya, dan barangsiapa membacanya 3 kali, nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuk sekelian kaum keluarga dan tetangga-tetangganya.’



Hadith yang lain mengatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w. mengatakan:



"Tidak kuasa kamu membaca 1/3 al-Quran pada tiap-tiap malam?...mereka bertanya ;’bagaimanakah ya Rasulullah s.a.w.?


Sabda Baginda s.a.w.: "Bacalah surah Al-Ikhlash, serupa dengan 1/3 al-Quran."



Barangsiapa membacanya 10 kali, nescaya Allah s.w.t. membinakannya mahligai di dalam syurga.



Mereka yang sentiasa membacanya ketika memasuki rumah, nescaya akan bertambah lapang rezeki dan keadaannya.



SURAH AL-FALAQ (Cuaca Subuh)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terpelihara daripada terkena mata, sihir dan hasad dengki atau fitnah orang.



SURAH AN-NAAS (Manusia)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Sepuluh yang menahan daripada sepuluh. Surah Al-Fatihah dari kemurkaan Allah, surah Yasin daripada kedahagaan hari Qiamat, Surah Ad-Dukhaan daripada huru-hara hari Qiamat, Surah An-Naas memelihara daripada was was hingga akhir riwayat.maka barangsiapa membaca surah An-Naas, nescaya akan terpelihara dari was-was dan rasukan syaitan.